Saturday, June 28, 2008

Sunat Memotong Kuku

Hari Sabtu : Nescaya keluar sari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was2 dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh daripada penyakit
Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa2nya seperti hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat Allah Taala

" Sunat memotong kuku bermula dari jari tangan kanan daripada jari telunjuk ke jari kelingking kemudiannya ibu jari. Kemudian tangan kiri bermula dengan jari kelingking hingga ibu jari. Bagi jari kaki, bermula dengan kaki kanan dari jari kelingking hingga ke ibu jari dan kaki kiri bermula dari ibu jari hingga kelingking" (Imam an-Nawawi)

Friday, June 27, 2008

Karnival Anti Dadah 2008

Tarikh : 26hb Jun 2008
Tempat : SK Utan Aji, Perlis




Sebanyak 5 buah sekolah dalam kawasan Simpang Empat telah mengambil bahagian sempena Program AntiDadah. Antara pertandingan yang diadakan ialah, boria, sajak dan pertandingan melukis poster. Sekolah Kebangsaan Dato' Ahmad Musa telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan boria tersebut. Tahniah diucapkan.

Thursday, June 26, 2008

Pentadbir Sekolah


GURU BESAR
En. Roslan Bin Abd Rahim


Penolong Kanan 1
En.Jafry Bin Jusoh


Penolong Kanan HEM
Pn.Sakinah Binti Saad


PK Ko-Kurikulum
En.Osman Bin Omar

Sejarah Sekolah

Pada awal tahun 1938, penduduk Sungai Padang ini telah mengadakan satu perjumpaan bagi membincangkan masalah anak-anak mereka yang tidak dapat bersekolah. di dalam perjuangan itu, mereka telah bersetuju untuk mendirikan sekolah di Kampung Sungai Padang ini dengan perbelanjaan penduduk kampung sendiri. setelah persetujuan dicapai, satu jawatankuasa yang diketuai oleh En. Omar bin Talib dibentuk bagi tujuan mengelolakan rancangan pembinaan sebuah sekolah. Dari usaha AJK itu dengan memungut derma dari semua penduduk Kampung Sungai Padang ini.

Daripada bantuan tenaga penduduk kampung sendiri maka terdirilah sebuah bangunan sekolah yang luasnya 80 kaki X 30 kaki yang beratap nipah dan berdinding buluh di atas sebidang tanah yang dipunyai oleh Tok Hassan.

Setelah terdirinya sekolah pada tahun 1938, pihak AJK telah meminta bantuan daripada Kerajaan Negeri Perlis untuk mendapatkan guru-guru dan perkakasan sekolah. Permintaan mereka berhasil.

Akhirnya tanggal 1 Januari 1938, Sekolah ini dibuka dengan nama SEKOLAH MELAYU SUNGAI PADANG dan mempunyai seramai 45 orang murid lelaki sahaja dan dua orang guru termasuk seorang guru besar iaitu Cikgi Kasa bin Abas. Untuk melicinkan perjalanan sekolah, telah ditubuhkan satu badan khas yang pada mulanya dinamakan Lembaga Didikan. Selepas itu dinamakan Lembaga Pengelola seterusnya dikenali sebagai Lembaga Pengurus. Bermula dari sinilah dari setahun ke setahun bilangan murid-murid semakin bertambah sehingga meningkat ke angkat 230 orang lebih.

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template